Khamis, 31 Mac 2011

Coklat Oreo Edible Image 30.3.2011

Hari Rabu ada koku sebelah petang.  Kak Mai sempat juga menjenguk dapur.  Selepas masak, Kak Mai ambil kesempatan membuat juga coklat untuk tempahan daripada kekawan.  Kak Mai sempat sejuk bekukan sahaja siang tu.  Lepas pulang dari aktiviti koku, kak Mai sambung kembali kerja-kerja yang tertangguh tadi.  Alhamdulillah menjelang Maghrib kesemua coklat tu siap dibungkus dan dimasukkan ke dalam kotak.

Coklat 30.3.2011 009
Coklat 30.3.2011 010
Coklat 30.3.2011 012 I
Coklat rose pelbagai rasa ni ialah tempahan daripada Pn. Mariam saja untuk makan-makan bersama keluarganya.
Coklat 30.3.2011 004
Yang ini pula tempahan  daripada Pn. Norhayati saja untuk makan-makan.

Coklat 30.3.2011 013
                Lolichoco pelbagai rasa ni pula tempahan daripada Pn. Juneeta.  Tapi kak Mai bawa lebih sedikit.  Sampai je beberapa orang guru dah memilih termasuk guru pemulihan.  Lebih kurang 20 batang lolichoc menjadi pilihannya. Katanya untuk dihadiahkan kepada anak-anak muridnya. Ha ha ha…tak cukuplah pula.  Pn. Norizan order lagi untuk esok pula. Guru Pra pun tak berpuas hati kerana tak dapat memilih lolichoc sebab dah kehabisan.   Kak Mai juga terima tempahan dari guru pelatih.  Insyallah esok kak mai bawa lagi ye…….
Kepada semua warga SKRH kak Mai ucapkan terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...